Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010.

www.tips-fb.com
yeay! syukur alhamdulillah. berkat doa rakyat Malaysia, pasukan negara kita berjaya membolot Piala AFF Suzuki 2010 dengan aggregate 4 - 2! sejak dari tahun 1996, pasukan kita tak pernah masuk final and tak pernah juara pun. tapi alhamdulillah tahun ni dapat masuk final and dapat pakej juara lagi! hah! hambek kau! hehehe.


tapi before final berlangsung tadi, banyak pulak cerita dari mulut mulut penyokong tegar pasukan Indonesia yang memang tak sedap bila di dengar. macam macam dituduh nya pasukan kita. termasuk lah penyokong pasukan kita teribat sama. ape kes? rileks sudah. adat pertandingan kot. ada kalah, ada menang. terima je lah. ni bukan kita lawan kat padang kita, kita akan menang. no way man!

iena bukan kondem habis pasukan Indonesia, tapi dah agak melampaui batas lah kan? pasukan Malaysia pernah kalah pun takde pun nak buat tuduhan melulu kat pasukan lain? takda pun nak buat kacau kat hotel pasukan lain? so siapa lah yang melampau. yang paling tak puas hati, ada ke tuduh kita ni main bomoh nak menang? siapa yang main bomoh ni? hades.

dah lah. iena malas lah nak komen panjang panjang. apa yang iena tulis ni semua iena dapat dari surat khabar okey. not khabar angin. kalau tak percaya, baca lah sendiri. haishh. macam macam lah!


so, kepada pasukan Malaysia / Harimau Malaya tahniah sekali lagi iena ucapkan! alhamdulillah doa penyokong anda selama ni di makbulkan oleh ALLAH s.w.t! bukan hasil BOMOH okey? hahaha.

enjoy! ;)

Meh Like sini! ;)

Wednesday, December 29, 2010

DSLR NIKON D3100.

www.tips-fb.com
yup yup. mesti tertanya tanya kan apa entry iena kali ni yg berkaitan dgn keluaran NIKON yang terbaru ni kan?


memang aim iena DSLR dari brp sem yang lepas. tiba tiba rase minat lak bila dah tengok ramai photographer snap gambar cantek cantek pastu edit. pergh! tergugat iman iena kat situ. hehehe.

tapi bila pikir pikir balek, iena mane lah mampu nak beli DSLR yang dah tentu beribu ribu ringgit nya. ada pernah sekali iena menyatakan hasrat nak jadi pemilik DSLR pada mama. tapi mama memberi jawapan yang hampa. 

tapi raya baru baru ni, iman mama and abah iena plak tergugat bila tengok sedara sedara yang ada DSLR ni, snap gambar je, memang quality gambar dr DSLR dorang pergh! mantop! apa lagi, iena cucuk jarum lah. hehehe.

abah kate memang nak beli cuma macam biasa abah kata nanti dulu. kita bukan orang kaya nak terus beli barang beribu ribu ringgit. bila pikir balik betul jugak kan? iena ni bukan lah anak businessman yang income stiap bulan berpuluh ribu. hehehe.

tapi alhamdulillah baru baru ni rezeki family iena murah, so mama bagi green light utk DSLR kesayangan iena. uwaaaa. rasa happy sangat. tapi happy happy tu ada plak cita tak best sebab last week iena carik DSLR ni semua kehabisan stok! ades. hampa gak. takpe, masa itu akan tiba juga.

doakan iena ye kawan kawan. ;)
Meh Like sini! ;)

Friday, December 17, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

www.tips-fb.com
yep. memang dah lama gile tak hapdet belog. almaklum lah busy lah dengan sem baru nih. hehehe.


btw, just nak review cerita yang baru je iena tengok. Hantu Kak Limah Balik Rumah. hahaha. memang kelakar habis. sumpah. yang takleh tahan perut scene "hantu kopek". time tu sumpah sengal nak mampus.

ape lagi, pergi lah serbu wayang sekarang! memang tak rugi pun tengok cite ni. sumpah! hehehe.

okey. enjoy. ;)

Meh Like sini! ;)

Sunday, December 5, 2010

it's final semester yaw!

www.tips-fb.com
yes. memang dah final sem dah iena ni. so memang iena akan jarang hapdet belog. ni pun dah melangkau jauh dah tak hapdet belog. sian rakan rakan belog yang datang belog tengok tuan belog takde pulak an? hehehe. sorry kawan kawan.

okey untuk final sem ni iena memang busy dengan project paper and aktiviti macam lawatan ke Bank Negara. so iena perlu concentrate memandangkan result iena baru baru ni tak sehebat sem sem lepas. aiyark. mungkin faktor lain yang effect result iena. biasa lah an? adat berkawan. iena rase iena takyah cerita lagi kan? haha.

btw, ape ape teruskan lah korang blogwalking ke belog iena ni. insyaallah kalau iena free, iena sendiri yang akan blogwalking balek ke belog korang. ceh. macam iena ada PA pulak nak tolong blogwalking kan. of course diri sendiri yang kena blogwalking. hehehe.

okey. enjoy kawan kawan. ;)
Meh Like sini! ;)

Friday, November 26, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1.

www.tips-fb.com
okey dah lama agaknya iena tak hapdet belog kan? bukan ape. lately busy mendownload movie. hahaha. boring la takde movie baru.


entry kali ni nak cerita pasal series baru Harry Potter. ya! memang faveret iena dari dulu. cuma dulu time sekolah tak tengok kat wayang. tunggu DVD keluar kat market. first time masuk wayang and first movie masa form 3 kot. masa tu ingat lagi movie Harry Potter and the Goblet of Fire. hehehe. bila tengok movie kat wayang mula mula pekak gak telinga tapi lama lama best plak. screen besar lah kate kan. hahaha. okey time iena agak excited. kelakar.

nak tengok Harry Potter punye pasal, malam selasa tu iena book utk esok pagi punya time. ayooo. full je. but iena teruskan try and error. last last dapat jugak. tapi pukul 11.30pagi. okey pasal Harry Potter memang iena sanggup bangun pagi. bukan apa nak carik parking kat Mid Valley bukan nya senang. lagi lagi time lunch hour. so, better iena datang before lunch hour.

untuk Part 1 ni serious iena tak puas tengok. rasa nak tengok lagi lah! tapi mengenangkan iena pun dah nak naik sem baru, so iena terpaksa lah tunggu DVD keluar kat market. sumpah iena jatuh hati kat Rupert Grint. kenal tak? alaaa, Ron Weasley lah. hahaha. mesti pelik kan? ramai yang suka Harry Potter, tapi iena boleh tertarik kat Ron Weasley. hehehe. 


iena suka si Ron ni sebab, dia memang kelakar dari first series Harry Potter. and dengan muka dia yang innocent gile. and utk Part 1 ni dia nampak mature and macho okey! okey adakah iena terlebeh sudah? hahaha. yes! i adore him! memang lah dia tak berapa nak hensem tapi bagi iena dia not bad and TOUGH okey! hahahaha. lagi satu! iena memang suka kalau Ron Weasley bersama dengan Hermoine Granger dalam Harry Potter! sweet couple! tapi kalau kat luar filem, apa salahnye. hehehe. ;)


okey kalau iena cerita banyak pun pasal Ron Weasley ni, habis belog iena penuh dengan Ron Weasley. hahaha. siapa yang tak pergi tengok lagi Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1, iena suggest kan pergi lah tengok. sebab memang best! tengok dua tiga kali pun tak boring. sebab kali ni J.K Rowling (Novel Writer) and David Yates(Director) tak bagi kita senang duduk apetah lagi tidur dalam panggung wayang. hehe.

okey, enjoy! ;)

Meh Like sini! ;)

Monday, November 22, 2010

three awards. ;)

www.tips-fb.com
okey iena dapat awards lagi. kali ni iena nak make it simple but cute. bukan malas nak buat entry panjang panjang, tapi kerana kesuntukan masa. kalau di kumpul award, kang makin menibun lak hutang award iena kan?

award award yg iena dah dapat, iena lebih senang letakkan terus ke sidebar. harap pemberi award tak kisah lah ye? okey now iena nak summarize kan award yang diberi oleh cik comot, cik tomato and encik eddy. thank you so much sbb perhatikan belog iena yg baru di ubah suai.

first, untuk award from cik tomato, award ni ade selitkan bbrapa soalan. iena jwab dengan simple keyh?

1) beri satu nicknames untuk saya:
cik tomato yg cutes. ;)

2) ucapan untuk pemberi award: 
thank you so muchaa cik tomato. next time, bagi lah lagi. u're rock! ;)

3) berikan 6 nama artist yang korang minat:
kalau saya kata saya hanya minat/adore/diehardfan Datuk Siti Nurhaliza sahaja?

4) bagi award ini kepada 10 blogger yang mempunyai belog yang cantik lagi cun.
takmo tag ramai leh tak? tenkiu. ;)


second, award ni from cik comot. thank you so much cik comot.

anda di tag untuk menerima award ni:


third, last but not least award ni from encik eddy. thank you sgt encik eddy. baru skrg saya baru dapat buat entry untuk award. btw, thanks a lot! ;)

anda di tag untuk menerima award ni:


okey, selesai sudah 'hutang' saya. thank you again kpd semua yg bagi award.
enjoy. ;)
Meh Like sini! ;)

Sunday, November 21, 2010

tag from cik BuBu. ;)

www.tips-fb.com
okey hari ni iena nak settle kan tag dari cik BuBu. tens okey? susah susah je tag iena. so skrang ni iena tengah free, boleh je nak buat tag. btw, thanks again cik BuBu. ;)

"senaraikan 5 perkara yang indah dalam hidup anda"

okey memang agak susah nak buat tag kali ni. but i'll try okeyh?

first: paling penting, dapat DL dua sem yg lepas. sem ni masih menunggu result. aiyak! (act, susah tau iena ni nak collect DL! hehe.)

second: birthday prank from GAGAKS. walaupun di'bantai' habis, tetap indah! ;)

third: first time bela kucing and kucing tu masih bernyawa hingga sekarang, JOJO diberi nama. ;)

forth: walaupun SPM tak hebat mane, tetap bangga Math dapat A1. okey itu perkara yg sgt indah bg saya!

fifth: last but not least, dapat get a long with AMB (Assunta Military Band) from Form 1 until Form 5! the best part, masa join mcm2 competition! yahoo! ;)

nota kaki: iena taktau brp org yg perlu di tag, but iena just nak tag dua orang je. okey?


okey. enjoy. ;)


Meh Like sini! ;)

Wednesday, November 17, 2010

Justin Bieber pemimpin Illuminati?

www.tips-fb.com
sumpah sedih bila terbace belog fie's journey. sebab tuan punya blog dah rungkai kan maksud lagu hangat 'baby' saya iaitu "Baby". geli ehk bile saya gelar justin bieber 'baby'? ahaks! jgn lah geli kawan kawan. ;D

iena tak dapat nak terangkan lebih lanjut kat sini sebab iena sendri macam takot nak suke justin bieber ni. haish. budak kecik oh budak kecik, kau pun same ye? 

menyesal sungguh iena suka si bieber ni. bukan ape. selain wajah nya ala kiut kiut gitu, suara dia pun no bad kan? hehehe. tapi nak buat macam mane kan? seb baik iena tau, kalau iena taktau langsung? kang parah tu. hehehe.

tapi bila dapat tau, dia pun dalam kategori ahli Illuminati, terus iena buang gambar dia dari belog iena and lagu dia sekali. korang mesti tak perasan kan? hehehe.

kali ni iena letak lagu Beyonce. ermm, Beyonce ni pun ahli Illuminati juga ke?

let me know okey? enjoy! ;)
Meh Like sini! ;)

Tuesday, November 16, 2010

AJL 25 Separuh Akhir Kedua.

www.tips-fb.com
okey kali ni iena nak update top 6 yang tercalon sebelum mara ke peringkat Akhir AJL 25.

top 6 AJL 25 Separuh Akhir Kedua:

Drama King - Meet Uncle Hussain ft. Black

Sofea Jane - Black

Susun Silang Kata - Aizat

Jahat - Stacy

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Aku Ada Kamu - Adira

okey. ni yang tercalon. tapi sedih jugak sebab Fiq ft. Mirwana tak tercalon. best giler Fiq bawak lagu Menifestasi Cinta. syok je layan lagu tu. tapi apakan daya. juri 'professional' yang adili. bukan iena. hehehe.


okey. enjoy. ;)
Meh Like sini! ;)

Thursday, November 11, 2010

chinta chandurry.

www.tips-fb.com
okey hari ni iena takde niat pun nak post sekali dua. tapi di sebabkan ada benda yg iena patut post, iena post lah ehk? harap sudi lah ringan ringan kan mata utk bace post iena ni. hehehe.


kenal Chinta Chandurry? kalau tak kenal takpe. dia ni bukan lah sape sape tapi hanya lah nama watak Fasha Sanda dlm Drama Chinta di slot Akasia Tv3. hehe. 

iena memang minat cerita ni. memang ikut dari awal. tapi akhir akhir bulan epas selalu je tertinggal. sebab busy nak final exam. mane ade mase nak ke depan tengok tv. memang terperuk lah dalam bilik study. hahaha.

sape sape yang ikuti drama ni, korang rase paham tak dgn ending tadi? mula mula iena tak paham, dah lame lame tu baru lah iena paham. so sape yang tak paham?

ape yang korang tak paham? meh lah kongsi. hehehe. ;)


Meh Like sini! ;)

shamrin fotograf kembali ke Rahmatullah.

www.tips-fb.com
kenal kumpulan fotograf? iena kenal jugak sbb drummer fotograf dulu satu office dgn abah iena. mase kecik kecik dulu. hehehhe.

betul ke Shamrin fotograf dah meninggal? iena pun tak pasti. iena dapat tahu pun melalui twitter. iena ada terbaca twitter Azwan Ali yang twit pasal uncle Shamrin meninggal dunia ptg tadi lepas bermain futsal. tentang kesahsihan berita kematiannya tidak lah iena dapat comfirm kan selagi tak keluar berita.

ada keluar berita tak tadi? rase nya takde kan? erm kalau betul, mari lah kita sama- sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas rohnya. amin.


Al-FATIHAH untuk arwah uncle Shamrin. amin. ;(

Meh Like sini! ;)

Wednesday, November 10, 2010

layout Baru. okay ke?

www.tips-fb.com
iena ni mmg cepat bohsan. so selalu je ada keinginan nak tukar layout baru. padahal tak pandai pun. hehehe. tapi iena nak berterima kasih lah banyak banyak kat member member blog yang banyak buat tutorial pasal blog blog ni. 


sumpah iena mana cerdik macam dorang nak tukar tukar layout, tambah widget tu, widget ni. apa yang iena tau, buat tutorial, tengok kalau jadi, iena simpan, kalau tak jadi, kecundang gak. hehehe.

ni dia member blogger yang bertanggungjawab share tutorial kat iena:

dylli 
 mommy pinky 
 whitey mommy 
hana 
wanhazel 
myra 

thanks banyak banyak ye? komen lah kalau layout baru iena ni over atau tak. takpun bagi suggestion or criticism. i'm okay with it. ;)

thanks. ;)
Meh Like sini! ;)

Tuesday, November 9, 2010

AJL 25 Separuh Akhir Pertama.

www.tips-fb.com
memang iena dah agak mmg Yuna akan tercalon punya. haiyaa. boring seh. huhuhu. peminat Yuna jangan marah eh? iena bukan kutuk tapi just macam tak fair je. Yuna memang best. tapi entah lah. hehehe.


tapi best lah kak Adibah Noor kita tercalon kali ni. hehehe. happy happy. ;)

yang masuk Top 6 time AJL 25 nanti ialah:

1) Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan

2) Yuna - Cinta Sempurna

3) Adibah Noor - Sejujur Hatimu

4) Hujan - Mencari Konklusi

5) Faizal Tahir - Hanyut

6) Hafiz - Noktah Cinta

dengar dengar kan, kumpulan Hujan ni membawa unsur ILUMINATI. betul ke? tapi tengok dgn lambang diaorang dgn symbol time diaorang tengah perform macam ada iras iras ILUMINATI je. hurm. wallahualam. tak pandai iena nak agak.

kalau betul lah, hishh. taktau ape nak cakap. Nauzubillah je lah. kalau kebetulan semata-mata, bagus lah.

okey. enjoy. ;)





Meh Like sini! ;)

Monday, November 8, 2010

liverpool vs chelsea.

www.tips-fb.com

wow. Liverpool kalah kan Chelsea dengan 2 - 0? kesian Chelsea. camne leh kalah neh? kepada peminat Chelsea, jangan bersedih, berduka lara keyh?

next time maybe giliran Chelsea lagi untuk menang. hehehe. iena bukan lah penyokong Chelsea mahupun Liverpoolcukup setakat tengok game je lah. hahahaha.


saya peminat setia Real Madrid. aww!

all the best! ;)
Meh Like sini! ;)

Sunday, November 7, 2010

kenapa IP address kena banned?

www.tips-fb.com
salam to semua yang singgah di blog iena yang tak seberapa ni.
iena ada kemusykilan di hati. tengah dok syok blogwalking, tibe time nak post msg kat Shoutmix sorang member blog ni, tibe tibe kate IP ADDRESS iena kena banned! kenapa ehk?

lagi sekali eh iena ingat kan. tiba tiba sahaja. okey je sebelum ni dok ber blogwalking. bukan untuk satu blog je kena band, tapi semua member blog yg pakai Shoutmix iena tak boleh nak post message sebab kena banned!
takkan semua blog yang iena lawat banned IP ADDRESS iena kot? pelik!

somebody please tell me! ;(

Meh Like sini! ;)

Wednesday, November 3, 2010

ronggeng tiga minggu.

www.tips-fb.com
hello visitors! finally habis jugak final exam. pening jugak lah sbb sem kali ni semua paper susah susah belaka. nak buat macam mane kan? dah kata belajar. mesti lah susah dulu baru senang kemudian kan? ape ape pun iena happy je sepanjang final exam. tiada unsur 'touching' dalam hati.

dah ramai member bagi nasihat kat iena. biar kan orang pulaukan kita, satu hari dia pulak di pulaukan orang. opps! am i too direct? hahaha. speaking kunun* bukan nya bagus sangat pun iena ni nak speaking london. hahaha.

okay now time to ronggeng. sebab lepas final exam confirm lah dapat cuti kan? hahaha. so memang everyday lah iena berblogging. hehe. mari ronggeng rakan rakan bloggers kuh! ;)

SELAMAT RONGGENG! ;p


Meh Like sini! ;)

Monday, October 18, 2010

besar sangat ke salah saya?

www.tips-fb.com
iena membuang segala ego yang ada diri dengan meminta maaf kepada rakan rakan yg berkenaan mengenai apa yg terjadi kelmarin.

tapi iena pikir lagi sekali, besar sangat ke kesilapan yg iena lakukan sampai begini mereka menghukum iena? mungkin bagi orang lain, perkara nya kecil aje. tapi bagi iena, iena hargai nilai sebuah persahabatan. mungkin mereka tidak perasan yang iena ni memang ikhlas berkawan dgn sesapa pun. mungkin juga mereka menganggap iena ni tidak bermakna pun dalam hidup mereka.

yup! iena tersangat lah touching buat masa sekarang. oleh kerana perbuatan iena yg mungkin telah melukakan hati mereka, lalu mereka hukum iena seberat berat yang mungkin. iena tak kesah kalau mereka tidak mahu lagi berkawan dgn iena tapi sila lah hargai rakan rakan yg ada di sekeliling anda.

iena bukan nak menuduh kalian yg bukan bukan, tapi ape yg iena nampak, itu lah dia. ape ape pun, iena dah melakukan tanggungjawab yang memang patut iena lakukan. terpulang kepada kalian nak menilai nya atau tidak. 

kepada kamu, buanglah sifat egois yang akan memusnahkan persahabatan anda sendri. mungki iena tidak penting dalam hidup kamu, tapi ingat lah kembali kenangan kenangan manis kita bersama rakan rakan yang lain. mungkin pada masa ni, kamu tak perlukan lagi rakan yg bernama iena, tapi ingat lah di dunia ni penuh dgn "karma". bila bila masa saja perkara yang sama akan berlaku pada kamu juga. 

Allah Maha Mengetahui segala-galanya. 

"don't ever insult or hate someone for their mistake because we don't know, maybe one day we would do the same mistake as their's. we're human being after all. nobody is perfect. just learn from the mistake and take a leap." 


Meh Like sini! ;)

Friday, October 15, 2010

dugaan berkawan.

www.tips-fb.com
oh. makin sedih pulak bila nak buat entry terbaru kali ni. lagi lagi dgn lagu kat sebelah ni ha. aww. sedeh.

iena taktau lah nape lately banyak sangat perkara yang boleh mbuat iena semakin stress. dgn perangai rakan rakan sekeliling lagi.

ni betul betul iena stress. so, iena buat keputusan nak lari sekejap ke KL mintak nasihat keluarga.

ya ALLAH, selamatkan lah persahabatan kami semua. semoga tiada lagi ribut taufan yang melanda. KAU buka kan lah hati semua rakan rakan ku termasuk lah aku. amin. ;(


btw, welcome FINAL EXAMS and good bye everybody.


Meh Like sini! ;)

Saturday, September 18, 2010

M.Rajoli meninggal dunia. Al-Fatihah.

www.tips-fb.com

pelakon veteran M.Rajoli telah menhembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 11 malam tadi selepas di laporkan kritikal di Hospital Ampang kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung. 


sebelum ni beliau yang menghidap penyakit tumor di bahagian kepala dan pernah melakukan pembedahan.

hurm. pergi juga seorang pelakon veteran yg di sayangi ramai ni ye. dalam dok sebuk dgn kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati, kita pula menerima berita yg lebih mngejutkan.


apa apa pun, mari lah kita sama sama hadiah kan al-fatihah untuk M.Rajoli dan ucapan takziah untuk keluarga beliau.

AL-FATIHAH.

Meh Like sini! ;)

Monday, September 13, 2010

Datuk Sosilawati mati di bunuh?

www.tips-fb.com

salam lebaran semua. akhirnya dapat juga online. hehe. ni nak kongsi apa yg iena tahu tentang Datuk Sosilawati. ish betul ke dia dibunuh? iena memang berharap sangat yg beliau tidak di bunuh. kesian anak anak beliau. ;(

iena dapat tahu masa pagi raya kedua. terngiang ngiang kat telinga berita tentang kematian beliau. almaklumlah. kalau kat kampung, depan tv lah tempat iena tidur. hehehe. ;)

masa iena dgr berita tu, polis still tak sah kan kematian beliau dan tiga orang yg lain tu. dalam hati bkata, harap harap lah bukan mayat beliau. bayangkan mayat yg polis jumpe tu dlm keadaan mngerikan iaitu di bakar. kejam sangat! haiyaaa! kalau ade pun gambar mayat mereka tu, tak sanggup iena nak tgk. huhuhu.

tapi bila sidang akhbar mlm tadi, rase rase iena macam taknak percaya jugak. sbb masih samar samar. betul ke tu mayat mereka? harap harap bukan. kesian kot. ape lah kejam sangat pembunuh ni. pasal duit sanggup nak membunuh. tu lah dunia.


dah lah di bakar. sebelum bakar di pukul pulak sampai mati. takda belas kasihan ke? YA ALLAH. dah bakar, buang pulak abu diorang ke sungai. hishh. tak baik tau. mereka semua ada keluarga. kesian anak anak.

kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca di Kosmo! sahaja. banyak berita tentang Datuk Sosilawati.

kalau betul beliau dah meninggal kan kita, marilah kita sama sama sedekah kan Al - Fatihah. ;(



Meh Like sini! ;)

Thursday, September 9, 2010

wajib bace!

www.tips-fb.com
rase rase nye sesuai ke tajuk yang saya letak tu? tapi post kali ni betul betul buat saya terdesak. sebab memang wajib bace pun.
kalau tak wajib, wajib kan jugak ye? bukan ape kalau tak bace, rugi woo. bukan senang saya nak buat post ni. hehehe. ;)

okey dengan kesempatan ini, saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua bloggers and pembaca pembaca blog ni. ade ke? ahaks! btw, saya ingin menyusun sepoloh jari memohon ampun dan maaf di atas segal tindak tanduk saya sama ade sedar atau tidak edar. jika ade terguris hati, terguris tangan anggota badan ke di sebabkan oleh saya, MAAFKANLAH

saya takmau tulis panjang panjang nanti korang gak penat nak bace. i want to make it short but nice bak kate omputih. hewhewhew. ;)

harap ketemu lagi lepas raye ni. kalau saya sempat online, saya akan berblogwalking lagi and post banyak banyk post yang best best.

kepada penaja utama blog saya iaitu encik NUFFNANG, thank you so much for your 'duit raya'. really appreciate it! without you, my blog will not be like this. thank you so much! next time, give more buffered earnings for me. hehehe. kidding!MySpace

SELAMAT HARI RAYA!MySpace
Meh Like sini! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...