Monday, June 29, 2009

Tiba - tiba lak rase sedey! ;(

www.tips-fb.com
Micheal Jackson/Mikaeel Dlm Kenangan


Mcm biase bangun tido je mesti on9. Tapi hari ini aku bgun agak lmbat! Adoi! Ape mslah ntah aku neh. Hahahaha. Mcm biase jugak aku akan bukak facebook, myspace, friendster, blog and youtube.

Dalam dok maen2 facebook tuh, ternampak plak kuiz ttg Raja Pop Dunia, Micheal Jackson. Aku pun buat lah. Huhuhu. Aku pun bukak lah youtube nak tgk klip video lama dia yg best. Music video yg mnjadi favourite aku smpai skrg ialah music video lagu Thriller (Geli Mat tiru plak!), Black Or White, Beat It, Billie Jeans, Too Bad (Ghost) dgn Smooth Criminal. Sgt2 best!!!

Asyik2 aku tgk music video, sambil tu aku search lah video time dia dtg Malaysia pada tahun 1996 dulu. Aku dpt lah akhirnya. Dlm klip video tuh salah sorg peminat dia dpt peluk dia atas stage! Wow! Best nyer. MJ pun peluk dia se erat2 nya! Aduh. Sgt best. Apekan daya aku xde di situ. Aku baru je darjah satu. Camne nak pegi?? Hahahaha.

Lepas aku tgk klip video dr Malaysia tu, aku klik plak video dr Munic (betul ke nie? Aku pun x penah dgr negara ape ni. Huhuhu.). Dalam klip video tuh, dak pompuan nih menangis nak MJ! Sampai dia dpt naik je atas pentas, dia peluk MJ sekuat2 nya smpai nyanyian MJ terganggu! Yang buat aku sedey tu, lagu yg dia tgh nyanyi time tu, You Are Not Alone! Dah lah budak tuh nangis2. Aku pun menangis doh! Ye ar. MJ dah xde. So bile aku tgk balek video2 dia, dia mmg terbaik. Huhuhu. Lama gak lah aku nangis. Huhuhuh.

Aku mmg peminat MJ dr dulu. Suke tgk klip video dia especially Ghost tuh! Sgt best! Tp, ape kan daya, MJ dah xde nak mnghiburkan hati kita sume dgn lagu2 dia yg penuh makna. Huhuhu.
Aku igt bile dia nak buat "comeback" dgn konsert jelajah dia, aku nak pegi. Tapi ape kan daya, x sempat dia nk menghiburkan peminat2 dia seluruh dunia. Huhuhu. Agak sedey ar.

Neway, hidup mesti di terus kan. Bagaimanapun, semoga Allah mencucuri rahmat terhadapnya. Dia pun meninggal hari Jumaat. Semoga dosa2 dia terhapus same sekali bila dia dah memeluk agama Islam November tahun lalu. InsyaAllah.

p/s: Lagu You Are Not Alone utk korg! ;(
Meh Like sini! ;)

Benci Special Sem!!!!

www.tips-fb.com
Oh tidak! Sejarah lama berulang kembali!! Dalam kotak fikiran aku asek pikir kan di mana silap aku, di mana salah aku, di mana kelemahan aku?????

Mlm semalam, jam mnunjukkan hampir 10.30 pm, terdengar deringan telefon ku yg sgt aku kenal. "Oh! Lynn! Ape dia nak mlm2 neh?" detik dlm hati aku. "Hello?" kata aku. "Ina! Kau dah check result?? Kau dpt brp??" tnya Lynn tiba memecah gegendang telinga aku. "Huh? Dah kluar ke? Aku x check lagi lah Lynn! Aku dlm keta nih. On the way nak balek kampung. Jap lagi aku kol kau balek eh? Aku on9 kat kampung aku nnt." kata aku slow2. "Ko bwk laptop kew?" tnye Lynn. "A'ah. Eh, kau punye brp?? Ok x??" tnye aku tanpa segan silu. "Ala, aku, nadia dgn ngek same jew. *.*4 jew. Dorg sume xpuas ati kot dgn business comm. Rihana pun x puas hati. Fara pun." jawab Lynn dgn semangatnye! "Yeke? Adoi. Takutnye aku!! Erm, xpe lah nnt aku kol kau yew?" kata aku. "Ok! Bye!" jawab Lynn selamba. Hati aku berdegup laju, tp aku x endah kan nya. Aku lebeh kpd beristighfar byk2.

Sampai je kampung, aku terus on9. Tapi line 3G xde plak kat kmpung tuh! Agak susah nak bukak web UNITEN. Lambat nak mati! Puas aku sumpah seranah. Hahahaha. Acu aku pun dah marah aku mencarut! Hikhikhik. Akhirnya bukak juga. Aku tekan je panel "result", aku terus berdetik dlm hati. "Huh? WTF!!" Mmg aku dah agak dah. Dari hari paper terakhir aku dah tau aku dpt result mcm mane. Kali ni trun mndadak dr sem lepas. Mmg aku dah agak dr dulu lagi. Aku mmg xleh bwk subjek2 special sem kali ni! Sgt mncabar kewibawaan aku!

Mama tgk result aku lalu berkata dgn syuman, "Takpe lah long. Mama pun pham. Kakak senior kamu yg dulu UNITEN kos finance yg skrg keje ofis mama pun kata, PSYCOLOGY mmg susah nak score. Takpe, next sem naik kan balek CGPA." Aku dgr pun sejuk balek hati aku yg panas menggelegak nih. Seb baek Mama ada. Thanx Mama for your kata2 semangat! ;)

Disbbkan line broadband yg mcm nyawa2 ikan, dgn hati yg geram, aku tutup shj laptop aku. Huh! Satu mlm aku berfikir. Ape yg aku silap neyh? Aku ade buat dosa dgn orang kew? ALLAH? Oh ya! Aku tau special sem ni, aku ada buat perkara yg mmg tidak sepatutnya aku buat. Aku jadi liar. Oh tidak! Disbbkan pengaruh rakan2, aku terikut2. Tapi bg aku, itu sekadar enjoy, but aku xtau lah perkara tu blh effect study aku. Klu Faezah tau result aku mcm ni, mau aku kena marah. Sorry Faeza! Aku tau, mase special sem ni, aku jarang dgn kau, Faz, Dura, Muni dan Famie. Sorry korg. Aku jd jahat jap. Huhuhu.

Bbrp kali aku mngingatkan diri aku, jgn leka. Huh! Syaitan! Mmg lah sentiasa mnghasut2 anak cucu adam kat muka bumi ni. Hurm. Tapi aku pikir balek mmg ade faktor2 yg lain yg mnyebabkan kemorosotan result aku kali ni. "X MINAT SUBJEK MEMBACA!" Mmg! Sejak dari sekolah rendah, minat terhadap subjek mmbaca bkan ada dlm diri aku. Aku hnye lebih kan kpd calculation semata2. Itu shj kekuatan aku. Klu subjek mmbaca, mmg lemah. Mmg x penah nye dpt A klu subjek mmbaca. Huh! Ntah kenapa ntah. Turun temurun dr Mama kot?? Mama pun penah kate dia mmg kurang dgn subjek mmbaca. Hehehehe. ;)

Tapi takpe lah. Esok maseh ada. Hidup ni ibarat mcm roda. Sekejap kita di bwh, sekejap kita di atas. So, dlm hidup aku ade prinsip (kwn2, jgn igt aku xdek prinsip tau!), jgn cuba nak menindas org lain hnya kerana hasad dengki dan iri hati, lama2 org plak yg akan menindas kite disbbkan kesalahan sdri. Insyaallah, aku dan kwn2 aku xkan menindas org, slain org itu yg mmbuat kan kiteorg menindas dia! Hahahah. Jahatnyew!

Neway, apa2 pun, hidup mesti diteruskan. CGPA boleh di naikkan lagi. Jgn leka lagi. Jgn tinggal solat! Itu yg paling penting klu nak berjaya dlm hidup. Huhuhuh. Baek plak akuh. Hahahah.
Kepada yg berjaya naik kan CGPA sem kali nih, Congrats! Mari lah kita same2 menaikkan lagi CGPA smpai grad! InsyaALLAH!

Chowwzzz! ;)

p/s: Tak rela klu CGPA trun lagi nest sem! Oh tidak! ;(
Meh Like sini! ;)

Friday, June 26, 2009

Micheal Jackson meninggal dunia! ;(

www.tips-fb.com

Kematian Micheal Jackson atau nama islam nya Mikaeel, Raja Pop Dunia byk meninggalkan kesan yg mndlm terhadap peminat2 setia/fanatik beliau. Beliau yang terkenal dgn ciri khas gerakan "moonwalk" yg ditampilkan dlm klip video "Billie Jean" di katakan mengalami serangan jantung setelah tiba di satu rumah sakit di UCLA Medical Centre, Los Angeles (AS) sebelum meninggal dunia dlm laporan jaringan TMZ dan Reuters.


Menurut laporan jaringan itu lagi, beliau menghembuskan nafas terakhirnya saat paramedik dr Los Angles Fire Department menanggapi kontak dr rumahnya di Los Angeles lebih kurang pukul 12.30 waktu setempat. Paramedik segera membawanya ke UCLA Medical Centre tetapi tidak sempat.


Beliau dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana. Dia merupakan anak ketujuh drpd sembilan orang. Pada berusia 6 tahun, beliau dan adik beradik lelakinya iaitu Jackie, Tito, Jermaine and Marlon membuat persembahan pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian. Mereka muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan yg paling popular dgn name The Jackson Five dan kemudianya di tukar kpd The Jackson 5.


Pada November tahun lalu, beliau memeluk agama Islam di rumah rakannya Steve Porcaro di Los Angeles. Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal. Beliau juga di laporkan memilih nama "Mikaeel" sempena nama malaikat pembawa rezeki sbg nama islamnya.


Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran "Penghibur Sepanjang Zaman" oleh Guiness World Records itu menunjukkan kecenderungan utk memeluk Islam sejak awal 1990-an lagi.


Beliau meninggalkan 3 orang anak hasil drpd 2 perkahwinannya sblm ini iaitu Prince Micheal 1, Paris Micheal dan Prince Micheal II.




p/s: tiada lagi Raja Pop dunia. ;(
Meh Like sini! ;)

Thursday, June 25, 2009

Pesanan Untuk Sahabat2 Tersayang! ;)

www.tips-fb.com

Assalamualaikum. ;)

Walaupun aku ni x se alim ustazah atau ustaz, tp sbg sahabat sesama islam, maka aku di haruskan mengingati teman2 sesama islam yang di sygangi. (Cewah! wee~)

Sahabat2 ku, tahukah kamu kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali setiap hari :

1. "Aku rumah yg terpencil, maka kamu akan senang dgn selalu membaca Al-Quran."
2. "Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu solat malam."
3. " Aku rumah penuh dgn anah dan debu, jadi bawalah amal soleh yg mnjadi hamparan."
4. "Aku rumah ular bbisa, maka bawalah amalan Bismillah sbg penawar."
5. "Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbyk kan lah bcaan Laa Ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah, supaya kamu dpt jwpan kpdnya."


Sahabat2 ku, tahukah kamu di dalam dunia mpunyai 5 jenis racun dan penawarnya:

1. Dunia itu racun, zuhud itu penawarnya.
2. Harta itu racun, zakat itu penawarnya.
3.Perkataan yg sia-sia itu racun, zikir itu penawarnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu penawarnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu penawarnya.


Sahabat2 ku, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, ada 4 dipandang sbg "ibu":

1. Ibu dari segala ubat ialah sedikit makan.
2. Ibu dari segala adab ialah sedikit berbicara.
3. Ibu dari segala ibadat ialah takut buat dosa.
4. Ibu dari segala cita-cita ialah sabar.



Sahabat2 ku, tahukah kamu orang yg tidak melakukan solat:

1. Subuh >> Dijauhkan cahaya muka yg bersinar.
2. Zohor >> Tidak di berikan berkah dalam rezki nya.
3. Asar >> Dijauhkan dari kesihatan dan kekuatan.
4. Maghrib >> Tidak diberi santunan oleh anak2nya.
5. Isyak >> Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.


Selamat beramal! ;) Chowwzz!


p/s: kadang2 termissed solat subuh daaaa~
Meh Like sini! ;)

Sayangi Ayah Anda! (Sempena Hari Bapa)

www.tips-fb.com

Walaupun hari bapa dah berlalu, aku tetap nak kongsi cerita tentang anak yg tak memberi kasih dan sayang kepada bapanya yg sedang dahaga kan itu. Mari kita same2 bace dan bayangkan. Sure korg menangis. Wuuu~

Ayah, TAKKAN KU MAAF KAN DIRI INI!!!

Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orangsemuanya- bergilir-gilir menjenguknya. Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil tanggungjawabyang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur. "Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2 anak sayamerayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain merayunya. Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2 berada di rumah anak-anaknya, dia minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya.

Suatu hari Januari lalu, ayah mengikut saya ke Kuala Lumpur. Kebetulan sekolah masih bercuti, seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda dengan atuk mereka. Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung. Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang diberikannya. "Saya sibuk ayah, tak boleh nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung minggu ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak saya turut memujuk atuk mereka. "Tak apalah kalau kamu sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa. Memang ayah pernah berkali-kali naik baspulang ke kampung sendirian. "Tak usahlah..." kata saya memujuk dan merayu selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk ke bilik bersama cucu-cucunya. Bagaimanapunesok paginya ketika saya bersiap untuk ke pejabat, ayah sekali lagi berpesanminta saya belikan tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan enjin kereta.


Saya tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu. Sedih saya tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri saya memujuk. "Buat apa kasar sangat dengan ayah ? Cakaplah elok-elok! Kesian dia...!" Saya terus membisu. Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah," katanya ringkas. Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket Transnasional ke Teluk Intan. Pukul 11.00 pagi saya sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap. "Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. Saya mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong rasa marah dengan sikapdegil ayah. Ayah tanpa banyak kerenah bersiap. Dia masukkan baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke Puduraya. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akanbersembang panjang setiap kali naik kereta bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan.


Hari tu ayah tahu saya marahkannya. Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu. Selalunya saya akan membimbing lengan ayah tapi hari itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya perhatikan agar langkahnya tidak terganggu. Setelah saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang saya sebaliknya diamemandang ke luar tingkap. Ayah merenung jauh. Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya terpandang susunan kek pisang di atas meja. Langkah saya terhenti. Berdesup fikiran teringatkan ayah kerana dia cukup suka makan kek itu.Pernah 2-3 kali kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia akan meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari itu ayah tidak minta apa-apa.


Saya terus memandu pulang. Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu. Ingatkan kerja di pejabat, ayah yang dalam perjalanan dan isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam itu sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila isteri meminta saya menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam berikutnya, isteri bertanya lagi sudahkah saya hubungi ayah. "Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab saya meninggikan suara. Dinihari itu, saya menerima panggilan telefondari Hospital Teluk Intan. "Pak Long dah tak ada..." kata sepupu saya di hujung talian. "Dia meninggal 5 minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib semalam."


Terlalu sebak dia hendak meneruskan kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan. Isteri datang menerpa. "Kenapa bang?" Saya hanya menggeleng-geleng, agak lama baru mampu memberitahu "Ayah dah tak ada!" Tiba di kampung sayalah yang paling hiba sekali. Tidak berhenti-henti menangis berbanding kakak dan adik-adik saya. Barulah saya sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup ini. Kek pisang, kata-kata saya pada ayah, sikapnya semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri membeli tiket silih berganti menyerbu fikiran. Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati saya apabila teringatkan itu semua. Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi tempat saya meluahkan rasa, seorang rakan yang sering bersimpati dan ayah yang cukupmengerti perasaan seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak rasa seorang tua yang merindui belaian kasih sayang daripada seorang anak yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya.


Kini telah 5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke kampung, hati saya bagai dirobek-robek apabila memandang nisan di atas pusara ayah. Saya tidak dapat menahan air mata apabila terkenangkan semula peristiwa pada hari-hari terakhir saya bersamanya. Saya merasa amat bersalah dan tidak akan memaafkan diri ini. Benarlah kata orang, kalau hendak berbakti biarlah semasa ayah dan ibu masih ada. Apabila sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun tidak bererti lagi.




Kepada pembaca yang masih ada ayah, jagalah perasaan seorang tua. Kasihi mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu.


p/s: sedeynyer. huhuhu. ;(

Meh Like sini! ;)

Terapi Pernafasan Dan Keletihan!

www.tips-fb.com

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas??? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan kita dapat rase kan perbezaannya iaitu sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas!) dan yang di sebelah kiri pula mewakili bulan (mengeluarkan dingin!).

Tahukah anda? Kebanyakkan perempuan bernafas menggunakan lubang hidung sebelah kiri, sebab itu perempuan lebih cepat bertenang. Manakala lelaki pula bernafas menggunakan lubang hidung di sebelah kanan, sebab itu lelaki cepat marah. Hehehehe~

Antara terapinya ialah:

1. Jika berasa sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung di sebelah kiri. Lakukannya selama 5 minit, INSYAALLAH, sakit kepala akan sembuh.

2. Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung di sebelah kanan. Lakukannya berulang kali. Tidak lama kemudian, INSYAALLAH, anda akan merasa segar kembali. Ini kerana lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panasnya, lubang hidung di sebelah kiri pula mengeluarkan dingin.

3. Pernahkah anda tersedar, hidung sebelah mana kah yang bernafas lebih cepat? Kiri ataupun kanan? Jika di sebelah kiri, anda akan berasa lelah. Jadi, tutuplah lubang hidung di sebelah kirir dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas. INSYAALLAH, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Dengan mempraktikkan terapipernafasan ini secara betul, keadaan tubuh anda akan sangat tenang!



Selamat Mencuba! Chowzzz! ;)


p/s: klu nak bunuh diri, try lah tutp dua2 belah hidung, lakukan selama dua jam, kompom x rasa ape2 sakit dah! hehehehe~
Meh Like sini! ;)

Wednesday, June 24, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak. ;)

www.tips-fb.com

Korang dah tengok Jangan Pandang Belakang Congkak?? Klu belum tuh, cepat2 lah korg g tgk. Cite dia sgt kelakar. Hahahaha. Klu korg nak tau, dah dua kali aku tgk cit nih. Mmg x rugi beb. Siyesly dowh. Hahahaha. Aku rase slama ni aku tgk movie2 kat wayang, aku rase ni yg paling terBBBBB weh! Sumpah lawak. Especially si Sam tuh. Hahahaha. Nak tau knp? Nnt aku cite sikit ape yg aku dh tgk. ;)


Mule2 je start cite neh, dah start dah lawak dia. Hahahaha. Scene yg paling kelakar yg buat aku"pecah perut" dan "pecah panggung" ialah scene bila Kuman Ku2 jadi bomoh siam. Hahahaha. Korg kena tgk sdri lah bru boleh rase gelak nye. Hahahaa. Ade ke bomoh yg nak menghalau hantu, lari plak msuk dlm umah, sbb takut hantu. Tang yg lawak tuh. Hahahaha.



Lagi satu scene, bila 3 ekor hantu nih nak bertukar. Hahahah. Yg paling kelakar skali Mazlan Pet Pet lah yg bertukar jadi "orang minyak". Sumpah kelakar giler. Ade ke orang minyak separuh badan? Bak kate Tok Moh (lakonan Azlee Senarion), mmg lah harga minyak naik, tak kan orang minyak pun separuh badan? Hahahaha. Lawak2.




Tapi dlm kelakar2 nye, ade gak terkejut2. Yelah, aksi Mustika (lakonan Lisa) berlawan dgn Tok Moh. Fuh, dasyat jugak minah nieh. Hahahaha. But not bad lah. Tapi byk yg kelakar. Hehehe.


Aku rase korg kena g tgk gak lah klu nak merasai "kegelian" isi perut korg. Hahahah. Neway, aku letak bbrpa gmbr ttg Jangan Pandang Belakang Congkak utk tatapan korg.

Chowzzz! ;)
Meh Like sini! ;)

Huh? Malaysia dihina???? WTF!!

www.tips-fb.com

Korg nampak link tu? Ermmm, aku agak geram arh. Ade plak org2 dr Indonesia buat accounta myspace dgn name PASUKAN ANTI MALINGSIA! Ape kehe nye yop?? Adoi. Klu just nak buat profile tuh, lantak kau lah kan? Tapi masalah nye smpai menghina negara MALAYSIA! Ape lah yg dorg dpt klu stakat meghina kite dan yg jadi tnde tanye kan, ape sbb nye diaorg nak hina kite? Adoi sgt pelik ah. Dia kate kite nak curik lagi pulau milik dorg. Aku x sure lah kan pulau ape lagi yg kite nak curik. Itu x kesah sgt lah. Tapi yg mnjadi mslh nye, dia siap buat lagu, banner, baju yg menghina MALAYSIA. MasyaALLAH. Aku pun terkejut. Aku mmg x paham lah. Bukan saje kat myspace aje dia buat, kat facebook pun ade! Aku xtau lah klu dorg ade buat blog nk menghina MALAYSIA. Tapi ape2 pun, care dorg menghina rasenye x mndtgkan kesan ape2 yg boleh mnjejaskan ekonomi negara. Biarkan lah dorg nak hina sekali pun, yg penting Malaysia terus maju yok??? Weee~

Neway, pada sape2 yg geram giler dgn dorg, jgn lah buat hape2. Diam aje udah ye? Nnt klu kite memberontak, diaorg lagi suke. So, baik kite dgn care sopan kite. Bak kata DATO' SITI NURHALIZA, "TAK HIDUP DEK PUJI DAN TAK MATI DEK KEJI".
Chowwzzz! ;)
Meh Like sini! ;)

Salam Perkenalan! ;)

www.tips-fb.com


Hye, hye, hye kpd sesapa je lah yg singgah blog yg baru aku buat nie haaa. Hahahahah. Tak sangka rupenye aku dah ade blog. Saje je nak merasa. Aku pun xtau kenapa aku suka plak nak buat blog. Tapi bukan sbb aku ikut org tau, cume teringin plak nak kongsi ape2 saje lah yang aku nak kongsi. Siyesly, aku xtau ape aku nak ckp mule2 nih. Hehehehe.

Neway, korg nak tau ke pasal empunya blog neyh??? Meh aku cite kan sikit. weee~
Name betul aku Nurul Amalina. Aku anak sulung dr 2 org adek beradek. Tak ramai pun adek beradek aku. So, xde lah aku nak pening2 kpla. Hahahaha. Korg tau tak aku lahir2 je, berape berat akuh? mesti korg terkezut punyer! 4.20kg!!!! wooo~ Wahahaha. Kaget ya?? Xpe2. di maafkan. Wahahaha. Then, umo aku 6 tahun jew, aku dpt adek (cebok jew! huh!). Aku x puas merasa kasih syg parent aku sorg2! Aleh2, kena kongsi dgn adek aku. Hampeh betul. Hahahaha. Xpelah, at least ade gak teman aku nak g mane2 nnt. Lagi adek laki, boleh aku bwk dia g mane2 jd pakguard akuh. weee~

Pe ke jadah nye tuh???

Nak tau aku skolah kat mane? No prob maaaa. Aku skolah rendah kat SRK Jln Selangor. Tapi kan, dak skolah yg bersekolah kat sebelah skolah aku slalu ejek skolah aku "SKOLAH JUAL SPENDER!" kuang ajo betul. Nak tau name skolah tu? SRK Assunta lah. weee~ kiteorg mmg bermusuh tau. ape2 pertandingan, klu yg ni kalah, puas hati yg itu. klu yg itu kalah, x puas ati yg ini. Mcm biase lah. Budak2. Mane nak kalah kan??? Hehehehe~

Tup. tup. Betul lah org tua2 ckp, "Kalau benci, tanda Sayang!". Haahaha. Agak kelakar lah bile dpt tau, aku dpt msuk SMK Assunta. Mule2 agak terkejut, tp apekan daya, skolah yg ku benci dulu, telah mnjadi skolah aku. Hahahaha. Sgt terkezut! Tapi mmg x di nafikan, skolah tu"speaking" je memanjang. Aku pun dah naik penin. Agak2 ah. Adoi. Itu lah ASSUNTA!
Ad Veritatem, Per Caritatem! Go, Assunta!

5 Commerce 1


Cewah, semangat giler. Hahahaha. Kebetulan plak, rumah sukan pun Assunta tau. weee~
Then, mase akhir form 1, aku masuk band! Bapak best weh! Wlaupun slalu di maki dan di herdik oleh senior2, tp pengalaman yg paling tak dilupakan. Klu boleh, nak msuk skolah balek tau! Huhuhuhu. Cedey nye biler tgglkan band dulu. Tapi xpe2. Hidup mesti di teruskan. Slain band, aku ade gak msuk teater, dikir barat, nyanyian. Tapi aku lebih kpd nyanyian lah kan. Teater xde lah sgt. Huhuhuh. Tapi mmg best. Alngkah indahnye bile aku dpt msuk skolah balek, tp xyah belajar lah. Boleh x? Hahahaha.

Percussionist Section

Aku yg mane satu? Cariklah. Hehehe. ;)

Oklah, aku rase takat ni je aku boleh inform korg. Next post nnt, aku akan cite pengalaman aku bkerja and kehidupan ku di CAMPUS!!!! Jumpe lagi yokss! ;D
Meh Like sini! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...